Pages

Saturday, 8 October 2016

Apa Itu Jurupulih Perubatan Carakerja Part 2

Posted by Jade at 16:29 2 comments
                                                       Assalamualaikum




Hai, selamat petang. Memandangkan ramai orang tanya pasal OT ni, jadi aku up la part 2 untuk Apa Itu Jurupulih Perubatan Carakerja Part 2 . Post tu aku tulis setahun yang lalu masa aku di tahun 1 Semester 2 lagi. Sekarang aku dah tahun akhir which is Tahun 3 Semester 1 ataupun Semester 5. Dah, jangan pening-pening.

Okay, untuk pengetahuan semua (kalau ada yang baca la), aku ambik Program Diploma Jurupulih Perubatan Carakerja ni sebab aku isi SPA dulu dibawah Latihan Separa Perubatan. So, aku ni sebenarnya belajar under KKM. Bukan IPTA atau IPTS yer.

So, aku cerita pasal yang KKM je la, untuk silibus dekat IPTS IPTA aku tak tahu sebab silibus berbeza. Masa mula-mula aku masuk Kolej Sains Kesihatan Bersekutu JB ni, aku dapat panggilan temuduga untuk jawatan Pembantu Perubatan, Farmasi, Lab Technology, Jurupulih Anggota (Fisioterapi) dan Jurupulih Carakerja (OT). SInce first choice aku adalah Pembantu Perubatan, so interviewer tanya aku berkaitan Pembantu Perubatan la. Contoh apa warna uniform, di mana ada kos Pembantu Perubatan, sanggupkah posting di pedalam etc. 

Then, lepas dapat result, aku dapat OT pulakdi JB. Untuk kos OT under KKM ni, ada dua buah kolej sahaja yang menyediakan program OT iaitu KSKB JB dan KSKB SB. Aku mestila lagi sayang kolej aku kan sebab kolej ni bolehlah nak cakap still baru, tandas kat dalam bilik. Hahahaha..

Ok, nak tau enjoy ke tak belajar OT ni? Aku hanya mampu cerita roughly jer, sebab lain orang lain experience dia. Masa sem 1, kami akan pergi ke Plaza Angsana dan beberapa pasaraya berdekatan sebagai OKU, kami kena guna wheelchair, crutches, segala jenis tongkat dan bandage untuk berlakon sebagai OKU. Tujuannya untuk merasai sendiri perasaan sebagai OKU, ada tak orang tolong, cara orang pandang dan macam macam lagi la.
Ni gambar sebelum pergi ke pasaraya, dalam makmal pemanduan OKU di kolej

Okay, untuk subjek or silibus pulak, silibus kami dulu dah lain sikit dengan silibus sekarang. Untuk OT ni, calculation sangat sikit. Tak ada subjek matematik/calculus/pre-calculus pun. Just simple calculation. Then, my favourite subject all the time which is Chemistry pun tak ada. Physics ada Biomechanics tu pun yang basic sangat. Kalau memang ada basic science senang la, kalau tak ada pun, still boleh study. Jangan risau. And of course la ada banyak biology, tp dari sem 1 dan sem 2 sahaja. Sem 3 dan sem 4 akan belajar subjek Core OT la dan ada terselit biology yang dah belajar banyak masa sem 1 dan sem 2 tu. Sem 5 dan sem 6 pulak akan ada fully clinical sepanjang sem. untuk sem 1 dan sem 2, hanya observation week selama seminggu semasa cuti sem. Sem 3 dan sem 4, clinical 2 minggu sebelum atau selepas cuti/exam mid sem.

Sekarang ni aku tengah clinical lah. Letih penat stress tension depress semua jangan cakaplah. Aku rasa sampai sini sahaja untuk Part 2, kalau ada apa-apa pertanyaan atau aku rajin, mungkin aku akan sambung untuk Part 3 pulak. 






p/s: sebarang pertanyaan, boleh drop comment, email or dm di instagram.K k, gerak lu. pa per roger. hahaha

Happy reading and thank you!

Uniform OT batch kami yang lama. Klinikal physical sem 3.

Uniform yang sekarang. NI time klinikal psychiatric masa aku sem 4.
Yang depan tu senior sem 6 sekarang. Aku sem 5




Sunday, 24 April 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #20 Mialiana.com

Posted by Jade at 19:16 3 comments

Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 April 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #20 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mei 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

I'm Back!

Posted by Jade at 18:58 0 comments
                                                      Assalamualaikum



Hello!!! I'm back. It's been a long time since I updated my blog last year. Yes, LAST YEAR! Setiap kali update new entry mesti ckp aku dah lama tak update. Haha..

Bukannya apa, sejak kemunculan social media yang macam cendawan tumbuh lepas hujan ni, aku dah terlupa pasal blog ni. Emm..bukan terlupa la, tak ada masa nak update. hehe..

Sebenarnya, tak ada benda best nak cerita, tapi aku gigih nak update jugak. Yang aku perasan gambar gambar kat blog aku ni kebanyakannya dah hilang. Entah kenapa. 



Nah, aku nak payung sikit satu gambar aku. Mesti korang rindu kan? K k...gerak lu, ape ape roger. Kbai!








And not to forget, feel free to visit my IG @asffarinah okay! 







Happy reading and thank you!







                                                                     xoxo

Saturday, 21 March 2015

Apa itu Jurupulih Perubatan Cara Kerja?

Posted by Jade at 04:03 14 comments
                                                                Assalamualaikum



Say hello to me! Haha.. I've been leaving this blog for about a month (nearly 2 months). Obviously I don't have any interesting story to tell you, my readers and yes, time. Sorry, my bad.

Oh yeah, syukurlah, pada pagi sabtu, 3.23am ini (aku start menaip), aku telah mendapat hidayah untuk menaip satu entri.

Tahu tak kalian, masa aku mula-mula dapat tawaran kursus jurupulih perubatan cara kerja ini, aku langsung tak tahu apa neraka (what the hell is) jurupulih cara kerja ni? And, I was googling this thing. But, what I got? Salah information pulak tu. Ada orang samakan jurupulih cara kerja dengan fisioterapi. So, I thought that jurupulih cara kerja is physiotherapy.

But, when my lecturers told us, from lectures and by reading books, dapatlah aku tahu sikit-sikit what is jurupulih cara kerja. Seriously, aku tak tahu pun pekerjaan ni wujud. Dahlah aku ingatkan masa awal-awal dulu, ot ni macam engineer..lulz sangat! Aku rasa macam loser bila tau hal yang sebenarnya. Well, the truth is bitter than lies kanUwaa..sedihnya menjadi aku.



So, what is JURUPULIH PERUBATAN CARA KERJA or simply known as OCCUPATIONAL THERAPY (OT) ni???

Occupational therapy is a practice that uses goal-directed activity to promote independence in function. ( O'Brien, Hussey 2012, p.3)

Atau pun, menurut AOTA.

Occupational therapy is the art and science of helping people do the day-to-day activities that are important and meaningful to their health and well-being through engagement in valued occupations.

Dan aku percaya, readers aku ni bijak-bijak belaka. So tak payah arr aku nak translate kan. haha..my lazy traits mengalir dalam darah. Sorry gais!

Inilah course yang aku ambik sekarang, it is quite different from my previous course which is Dip. in Science. Though I missed chemistry so much, I can't get back in time. Cewah..tetiba.

Jadi, aku sebagai pelatih ot pulak, bila qualify nanti akan menjadi "Occupational therapist" which is

"an allied health professional who uses occupation, purposeful activity, simulated activities, and preparatory method to maximize the independence and health of any client who is limited by physical injury or illness, cognitive impairment, psychosocial dysfunction, mental illness or a developmental/learning disability".



Kiranya, ot ni membantu memulihkan pesakit/klien yang mempunyai masalah seperti kecederaan fizikal (patah, kudung), strok, masalah kognitif (pemikiran), masalah mental dll supaya mereka dapat melakukan kerja-kerja harian mereka (dengan meningkatkan keberdikarian klien). Ok, apa susah betul ayat aku ni. Berbelibelt

Someone ever told me, "hanya orang yang sakit dan memerlukan rawatan ot sahaja yang akan tahu tentang kewujudan ot". Betul jugak. Sebab orang ramai have no idea about ot. Selalu, kalau nak gi jalan-jalan, naik teksi, uncle teksi selalu tanya, ambik nursing ke? Aku iyekan je sebab malas nak explain. Ada jugak certain pakcik teksi yang tau. Bijak pakcik ni. Mesti sebab dia rajin bertanya. hihihi..

Jadi, aku pun tak tau nak cakap apa lagi, memandangkan aku baru sem 2 (alasan!), aku takut kalau tersilap bagi definition ke apa, nanti lecturer aku terbaca, naya aku. hahaha.. Lagipun, dah nak pukul 4 pagi. Lebih baik aku tidur kan.

Kalau ada something important yang aku perlu bagitahu, maybe I will come up with the " Apa itu jurupulih perubatan cara kerja II" supaya tidakla adik-adik yang hilang punca tak tahu apa tu ot, terus berada dalam kesesatan seperti aku masa mula-mula dapat tawaran kursus ni dulu.

Oh ya! Don't forget that jurupulih perubatan cara kerja (OT) berbeza dengan jurupulih perubatan anggota (fisioterapi) ok.

Ok, jadi for bakal-bakal / calon-calon pelatih ot, kalau ada any inquiries, feel free to ask me. Bak kata moto kkm "Kami sedia membantu".  









Happy reading and thank you!



Sila baca entry sambungan Apa Itu Jurupulih Carakerja Part 2 

*updated: dont email me, just DM me direct to my instagram account. Thanks!



Categories

Anybody's Here???

Let's Shout Out Loud Here!

From Other Website

 

Blog of Memories. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting