Pages

Tuesday, 31 December 2013

Farewell 2013

Posted by Jade at 15:29 1 comments


Assalamualaikum...






Memandangkan hari ni adalah hari terakhir pada tahun 2013 dan esok adalah tahun depan, jadi aku pun buat keputusan untuk buat entry la. Lagipun, hari ni genap setahun blog ni dibuat. Happy birthday to my blog! My blog is established on 31st December 2012. Wa x sangka jangka hayat blog ni dah setahun. huhu..means umur gwa pun akan bertambah lagi setahun. Alhamdulillah..makin tua laa nampaknya...wuwuwu


Sekarang aku tengah cuti. Nak kata cuti mid sem pun bukan, maybe lebih  sesuai dipanggil cuti quarter sem. Semenjak aku masuk sem baru, aku sangat busy. Kelas aku dari pagi sampai petang, lepas kelas pukul 4 (hari isnin), aku akan pergi bertugas untuk pelajar hbu. Hari selasa pun macam tu, tapi bezanya aku yang pergi hbu. Hari rabu pulak aku tak dapat bertugas sebab ada kelas. Setiap pagi rabu 5.30am sampai 7am pulak ada pt pagi


Sebelah malam, isnin dan rabu ada aktiviti. Then, aku buat revision pada setiap malam. Lepas tu kena buat sentri. Ketat tak ketat jadual gwa? Itu belum masuk segala yang wajib, makan, mandi, gosok baju etc. Gwa dengan berat hati terpaksa korbankan  masa untuk watch Running Man dan drama korea yang lain. Sebab tu la gwa tak sempat update blog...hihihihi...


Dan makin hari aku perhatikan, trafik blog makin kurang. Ini semua sebab tak update blog punya pasal!! Jadi, di kemudian hari, aku akan berusaha mencari sedikit masa dan mendapatkan ilham untuk update blog. Sebab, kadang-kadang aku lupa aku ada blog..haha. 


Sepatutnya, aku cuti sampai 5 Jan, tapi sebab ada hal yang tak dapat dielakkan, aku kena balik ke KK (kota kinabalu), 2 Jan ni. Aku frust sebab tak dapat cuti lama-lama. 


Eh, korang tak bosan ke baca entri ni? Dahlah tulisan kaler pink, ayat berjela-jela, berpinar-pinar biji mata nanti. Jap eyh, sikit lagi.


  ***************************************************************************


Hari tu, aku dengan kawan aku, Sharon pergi centre point. Saja jalan-jalan. Sebab aku malas nak pegi 1b, 1b pun dah boring dengan aku. Takpa, aku paham. Tiba-tiba, ada suatu kuasa yang menarik aku ke Popular. Actually, setiap kali pegi cp, aku akan pegi Popular jugak. Tapi, hari tu lain macam punya feel. Tiba di Popular, aku tengok ramai gilew orang. Aku just masuk tanpa pedulikan crowded di situ. Then, aku ternampak ada banyak koleksi buku pakcik Ramlee Awg Murshid kat situ. Ko tau tak punya susah gwa cari koleksi buku pakcik RAM tu? Tiba-tiba suara hati aku bertukar nada jadi  mat rempit.


Lepas beberapa minit baru aku perasan pakcik RAM ada di situ. So, aku pun borong buku beliau and beratur untuk mendapatkan signature. Excited Gila jumpa favorite writer. Bahahaha...



Signature RAM dengan nama aku sekali



Antara buku yang terbeli..hehe..


Aku pun gembira sambil buat promo pasal signature RAM. Ramai kawan jealous sebab tak dapat signature...wakaka!


Beberapa hari lepas pulak, kami (aku, kakak, adik aku eyan and kujai, dan abang aku) pergi jungle tracking. Masuk hutan. Mula-mula aku cool je, lama-lama aku makin histeria sebab ada banyak pacat. Nak taip nama binatang ni pun aku boleh goosebump. Cis! Geli betul aku dengan benda ni, sekarang pacat berada di ranking 1 mengalahkan cicak yang jatuh pada ranking ke2.



Say no to pacat


Aku nak upload gambar ni pun aku geli. Ouww! GELIIIIIIII!!!
google pics



udani carpet..teehee :p




climbing


















Korang suka masuk hutan tak? Best jugak, aku dah beberapa kali masuk hutan. Sebab aku tak minat dengan pantai..hehe. :p





FAREWELL 2013!











Happy reading and thank you!

Wednesday, 20 November 2013

Macam kejap je..macam kejap je

Posted by Jade at 11:23 2 comments


Assalamualaikum...







Selalu study macam ni, tp aku tak ada spek.
Study sambil dengar lagu itu nyaman lagi awesome!



I will go back to Uitm KK on this Friday. Macam kejap je cuti..macam kejap je..macam kejap je..macam kejap je..macam kejap je..macam kejap je...macam kejap je..macam kejap je..macam kejap je..macam kejap je..
 Gantung betul cuti semester ni! Aku belum mau balik lagi. Next week dah start lecture class. Aku dah tengok jadual class, padat..cukup padat. No more holiday on Friday...sob.. sob.. sob..Kelas sampai pukul 6. Ku ingatkan mendung sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Sebelah malam pulak aku ada aktiviti lain sampai jam 10. Lepas tu baru dapat buat revision. 


Ok,perenggan pertama dah mengarut. Sebenarnya, tu ja yang aku nak sampaikan. 

Kbai!






Happy reading and thank you!

Thursday, 14 November 2013

Random Post: Regret (with image)

Posted by Jade at 15:08 5 comments

Assalamualaikum..






Guwa upset. Bengang. Semuanya sebab salah sendiri jugak. Kenapalah tangan guwa gatal! argh! If only I can back to that time. I'll correct all my wrongdoings. Menyesal betolll guwa. Uwaaaa! I can't forgive myself. Masih tak boleh terima hakikat. Benda ni tak sepatutnya berlaku. Apa lagi yang harus guwa buat untuk betulkan kesilapan lalu? Menangis sehingga kering airmata pun takkan dapat menebus kekesalan, kekecewaan dan kegalauan hati guwa. Sorry, guwa terhiperbola pulak..


Kepada anda semua, jangan pernah lakukan kesilapan seperti yang telah guwa lakukan. Nanti anda akan menyesal tak sudah. Tidur pun tak lena. Haish.. Benarlah kata pepatah, "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna lagi".



Kisah penyesalan guwa bermula apabila aku menghadapi masalah "unable to connect with internet acces". Meh guwa terangkan dengan lebih jelas dengan gambar. Ya, kaedah penerangan dan penjelasan dengan gambar lebih mudah berbanding hanya bercakap dan menulis.


PC setting in windows 8.


Maka, aku pun memulakan langkah dengan menuju ke Pc setting seperti pada gambar di atas. Mulanya, option Wi-Fi, time tu tak appear ditempat sepatutnya seperti di atas. Guwa pun jadi gelabah. Apakah laptop guwa bermasalah, rosakkah? Guwa pun cepat-cepat menuju ke paparan start.




Guwa punya paparan Start.



Sampai sahaja di situ, guwa pun meneruskan pencarian, mencari cara untuk menyelesaikan masalah Wi-Fi guwa yang tiba-tiba hilang entah ke mana. Guwa sangat kalut time  tu. Tak boleh berfikir panjang memandangkan guwa sangat menyayangi laptop guwa yang tercinta ini. Diharapkan, jodoh kami berkekalan.


Benda yang membuatkan laptop guwa berubah arah 360 degree dan
menyebabkan guwa menyesal seumur hidup.


Semasa pencarian tersebut, guwa terjumpa dengan benda yang guwa harapkan dapat menyelesaikan masalah yang guwa hadapi. Namun, malang tak berbau. Guwa dengan yakinnya menekan "Refresh you PC" kerana guwa sangkakan, benda ni cuma refresh pc ja, macam bila kita tekan F5. Harapkan pagar, pagar makan padi sehingga habis padi-padi guwa dimakannya. Kejam sungguh benda ini.


Nak tahu apa benda ni buat?


Dia remove semua application guwa yang penting dan selalu guna. Segala microsoft, google chrome, adobe reader, adobe lightroom, rainmeter, cyberlink youcam bla bla bla yada yada yada.... Pening guwa, pening! Jadi, kelmarin 13 October 2013, guwa busy nak reinstall semua application yang ter'remove tersebut. Yang bikin guwa bengang dan meyesal sangat adalah, microsoft dan cyberlink dan semuanya kena guna yang trial version. eh, celekeww lah trial version ni. Dahlah limited. Tekanan guwa. Uwaaa! Hancur luluh hati guwa mengenangkan kebodohan guwa terhadap windows 8 ni. Namun guwa akan tetap setia padanya. Mungkin ini suatu ujian buat guwa.



Dan desktop pun berubah.............




Desktop yang sudah tak seperti dulu


Habis gambar minion guwa diremove dari desktop background. Ni guwa dah buat balik, tapi tetap tak sama macam yang dulu. Mulai saat ini, guwa dah banned benda tu dari hidup guwa.



Inilah kisah penyesalan(dengan gambar) guwa yang menyayat hati Diharapkan anda tidak mengalami kemurungan seperti guwa. Walapun begitu, guwa bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana guwa tak format terus laptop guwa. Itu lagi parah sebenarnya. Kalau jadi begitu, seriously, guwa bersumpah taknak pegang laptop lagi.


Dan sebab itu juga guwa tak post any entry semalam. Diharapkan anda memahami jiwa guwa yang tengah kacau sekarang. Eh, dahlah, guwa ingin menamatkannya disini. Marilah kita sama-sama berdoa agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

Pesan guwa: Jangan ulangi kesilapan lalu guwa. Kalau tak ada ilmu, jangan pandai-pandai tekan sembarangan.



*kata ganti "aku" digantikan dengan "guwa" untuk mendapatkan feeling lebih. Maafkan aku kalau terganggu seperti anda membaca blog gangster paling gangster dalam dunia blog. 





Happy reading and thank you!

Tuesday, 12 November 2013

Membebel #2

Posted by Jade at 13:16 4 comments
Assalamualaikum...











Nampaknya macam hari-hari aku ada entry baru kan? Ini adalah satu kemajuan. Ya, kau harus berbangga wahai Asffa! teehee :p. Bukan apa, sekarang ni kan tengah cuti sem, jadi aku pun menyibukkan diri dengan blog la. Sebab nanti kalau semester dah start, nescaya blog ni akan bersawang dan terbiar.











Aku dah ketagih dengan games di atas.. Kalau bukak fb, kerja aku main game ja. Macam budak umur 5 tahun. Aku memang suka dengan games sejak dulu lagi. Dari game yang easy sampailah yang susah. Tapi aku tetap tak minat dota. Oh, sorry lah peminat dota sekalian, I couldn't join uolls.









Tidak dinafikan, Dota ni memang popular dikalangan pelajar terutamanya pelajar u. Ehem....apesal ayat aku ni dah macam ayat dokumentari, kau dah kenapa? Ok, kita skip sahaja kemusykilan itu. Aku ada clssmate yang selalu datang lambat ke kelas, kadang-kadang lambat 1 jam, tak pun setengah jam lagi kelas nak habis baru dia datang. Rupanya dia addicted dengan Dota. Hari-hari dia akan main game ni sampai pagi.


Tapi, dota ni pun ada kelebihan jugak, classmate aku yang lelaki boleh rapat dengan senior sebab dota lah. Dota mengeratkan silaturrahim ye. Maka, amalkanlah dota. Erkk..! Kalau perempuan, aku tak pernah pulak tengok diorang main dota bersama-sama except tengok Running Man and movies di bilik. Kalau movie romantic takpe, ni movie seram, sampai ada yang takut nak ke tandas. Yang histeria pon ada. Hey, macam-macam ah bebudak pompuan ni. Kalau takut, buat cara takut. Dan aku bukan seorang yang penakut.....










Aku ingat lagi time aku form 3, aku addicted dengan game ni. Time nak dekat Pmr tu la aku duk depan pc main benda ni. Aku suka perasaan bila dikejar oleh cop. Muahaha! Sampai sejuk tangan aku yang tengah pegang joystick main benda ni. Dahlah, esoknya ada paper. Kelasss kaauuu jah! Alah, pmr apalah sangat kan..ceh. mentang-mentanglah sudah lepas, kau nak berlagak sana. Puii!


Yang lucunya pasal game ni, kalau aku main, badan pun ikut bergerak sekali. Kalau belok ke kiri, maka ke kirilah aku. Nak kata ada inertia tak jugak, sebab aku bukannya berada dalam kereta tu. Kalau nak laju sangat pun, joystick tu sampai dah tak boleh tekan. Kalau korang main macam aku, korang fahamlah tu. aku tak tau nak describe macam mana. *sigh*








Ni game yang aku selalu main kalau kat kolej kediaman. Tapi, tiap kali aku main left 4 dead ni, aku mesti mabuk. Fyi, aku ni ada motion sickness, mungkin sebab view game ni dari kita sendiri, means screen ni macam our own eyes, tu yang aku pening lepas main benda ni. Apa-apa pun, game ni best. Aku tak menjerit pun main game ni. Kawan aku yang duduk sebelah yang bising. Hahaha!







This is my favourite game, all the time. Haha! Best game ni, sangat misteri bagi aku. Bukan senang nak main benda ni, kadang-kadang sampai aku clueless. Tapi, kalau dah sampai tahap tak boleh jawab langsung, aku tengok walkthrough dia aje kat youtube. Haha!



Sebenarnya, aku takde niat nak buat entry ni jadi panjang. aku nak buat entry pendek je. Sorry eyh, terpanjang pulak. Lagi satu, aku bukan pro-gamer nak buat review pasal games di atas. aku cakap berdasarkan yang aku pernah alami. Whatever it is, aku tetap game lover!






Sekian membebel untuk hari ni.









Happy reading and thank you!

Monday, 11 November 2013

Random Post : What I've Done

Posted by Jade at 11:23 4 comments
Assalamualaikum..



*post ni by menggunakan bahasa Sabah, kalau tak faham, tak payah baca. 



Betulla, kalau ndak paham, ndak payahlaa baca. Nanti ada pula segmen maki-maki di ruang komen sebab ndak paham. Hikhik..aku bercakap berdasarkan pengalaman dan pemerhatian.





From Sabahan Troll Page


Kalau bukan sabahan mesti ndak paham kan troll ni kan. Hakhak! Apa-apa pun, aku sukak page ni. Boleh bikin ketawa ketawa oo time malam2 lepas study bejam jam.



Main point


*******************************************************************************************************************




Semalam aku tengok2 album dalam laptop ni. Terus tejumpa laa gambar-gambar time semester 1, Dis. Eceh..Days swifty come and go laa kunuk. Mau masuk sem 2 sudaa. Lagi satu, aku suda lama ndak edit2 gambar, sbb lama suda aku ndak ambik gambar macam selalu. Busy bah study.. Tapi ni bukan edit butul2 punya edit. Pakai photoscape jak pun. Ndakdala aku guna photoshop pulak.






Ni la kunun apa yang aku buat spnjg 1 sem.
Tp ndak semua ada sni. Ndak muat. Haha..


Gambar dari kiri, atas sekali tu gambar coklat tapi macam batu. Aku tengok tu pelik, jadi aku snap la time di kelas. Next, gambar time kami the part 1 students yg ambik course kesatria pigi Tanjung Aru sempena sambut kemerdekaan. (50 tahun Sabah merdeka dlm Malaysia). Gambar gunung Kinabalu, Teater Vito Il Mafioso, jalan menuju ke library, buku fixi yang sudah dibaca, tengok drama korea, view from my room A3221, lapisan bawang under microscope with the blue stain, lab report, dan botol air Asfa.


Mukak siapa lagi kalau bukan aku kan.


Gambar besar pakai tudung merah ni time kami mau pi Tanjung Aru. Yang lain tu gambar time di lab, di bilik, kelas and time on the way pi kk. I wonder, kenapa sekarang aku suda ndak rajin ambik gambar? 





Malam Evoscience aka Dinner Fakulti Sains Gunaan.
Aku pun ndak tau kenapa aku pilih kaler oren.


Time dinner, Di Sutera Harbour. First time aku sampai Sutera Harbour, memang cantik. Tapi time tu malam, so ndak la nampak betul tempat tu. By the way, bro yang serve makanan kami di meja tu macam Beto. Tapi dia lagi cute. Sampai malu-malu dia kami kacau. Bahaha! Dasar pembuli, sudala kuat makan. Ehemm..



Malangnya, aku ndakda gambar time libk24 hari tu. Tapi, kalau ada pun ndak jugak aku mau upload, bida ok! Hitam semua muka. Sunburn habis. 



Sebenarnya, banyak lagi yang aku sudah buat sepanjang satu semester ni. And, final exam result pun, alhamdulillah, ok jugak. 3 pointer la. Yang penting chemistry dapat A!! Dapat jadi komander, permohonan kolej pun berjaya. Syukurlaa nak!




Oh ya, hari tu, time aku dgn Syl (kawan aku) pi kk,  dalam bas tu ada dua org visitor/tourist dari filipina. Dorg mintak tolong dengan kami tunjukkan jalan pi centre point dari stesen bas bandaran dekat padang merdeka. aku dengan syl bukan orang kk, dia sarawak, aku tawau. Aku pun cakap dengan tu visitor "Would u lend me ur map?'. Dia pun tersengih. Cis. Nasib baik ndak sesat ok. Aku baru sekali jak jalan dari stesen pi cp tu. aku kan pengingat jalan. Muahaha! Itula yang best, aku ni macam GPS (bukan Genji Perfect Seiha ya!). Best jugak dapat tolong tourist tu. Boleh test2 cakap english. Pandai jugak aku speaking rupanya..mauahaha!!! Ndakda laa sekat2 macam time speaking test..hehe..




Sudahla, nanti si mummy marah aku sebab duduk depan laptop jak. Punyala pemalas ini sumandak. Haha!





Ini post gembira!! See you soon.




Kerja ku di rumah tengok Running Man jak. Paling sukak tengok si Kwang Soo buat mukak begini. Lucu betul Jelek. Pesanan penaja, jangang makan sambil tengok Running Man. Nescaya tercekik. Aku cakap berdasarkan pengalaman. Hehehe...:p






Happy reading and thank you!


Categories

Anybody's Here???

Let's Shout Out Loud Here!

From Other Website

 

Blog of Memories. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting