Pages

Friday, 22 March 2013

Failure teaches Success

Posted by Jade at 00:13 0 comments
Assalamualaikum...



Hello...:)



Nowadays, there are many people who had achieved their success. Remember, we can follow their step too because there are to many ways to achieve success.



Ok! Cukuplah menaip entri berbahasa yahudi laknatullah ini. Bhahaha! Amboi, intro entri ni pun sudah lain macam semangatnya, sila jangan putus semangat! 

Pening kepala sebab taip "success' banyak kali padahal aku tak adalah sesukses mana pun. Wee... Tak payah nak taip memanjang, sila layan gambars (letak "s" sebab byk) di bawah. 




Bahawasanya, gambar ini berkata benar.





















Sekian..

Happy readingg and thank you!

Sunday, 10 March 2013

One of my favourite thing.....

Posted by Jade at 09:30 0 comments
Assalamualaikum...


Hello..hi!



Nak dijadikan cerita, masa aku kecik-kecik dulu, aku selalu dimomokkan dengan angkasa lepas. Eh! Kenapa ayat aku macam gantung ni. Hewhew... Macam mana nak kenal buruj di angkasa, tengok bintang, gerhana bulan dan matahari, pelangi (angkasa lepas??), lohong hitam, bima sakti, planet-planet lain,asteroid,meteor,meteorit dan sebagainya. Sejak dari itu, aku pun bercita-cita nak jadi astronout. Oh man! Astronout tuh, kemain lagi cita-cita aku. *tolong jangan gelak guling-guling*


Then, bila Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor (angkasawan pertama Malaysia) berlepas ke ISS pada 10 Oct 2007, masa tu baru aku tau yang negara kita sebelum ni belum ada angkasawan. Dangkalnya ilmu di dada ini. Bhahaha..." Kedangkalan ilmu ni mungkin disebabkan faktor umur yang baru mencecah 13 tahun waktu itu". Tambahku, sebagai alasan..hikhik..

Aku sangat eksaited dengan ilmu-ilmu angkasa ni, sampai aku nak jadi astronout dan dlm masa yang sama nak jadi astronomi. Betapa ambitiousnya aku waktu itu (umur 8 tahun), padahal ilmu tidaklah setinggi mana.. Aku suka menonton National Geographic, apalagi kalau pasal space. Ohsemmnnyyaa! Sebenarnya, sampai sekarang pun aku suka. Kan dah kata tadi, minat ni telah dipupuk sejak kecik lagi. Seperti kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya".


Lohong hitam atau black hole berdasarkan pembacaan aku di wikipedia adalah tumpuan jisim dengan medan graviti yang sungguh kuat hinggakan halaju lepasan berhampiran lohong hitam melebihi kelajuan cahaya. Untuk pengetahuan, kelajuan cahaya adalah 3 × 108 m/s. Ini membayangkan bahawa tiada satu bendapun termasuk cahaya mampu melepasi gravitinya. Istilah "hitam/gelap" digunakan kerana semua cahaya yang sampai ke lohong hitam akan diserap dan tidak dipantulkan.seperti black body dalam termodinamik.   Sekitar lohong hitam ni, ada satu permukaan yang ditakrifkan mathematically and it is called event horizon that marks the point of no return. Istilah lubang gelap digunakan secara meluas walaupun teori itu tidak merujuk kepada sebarang lubang dalam bentuk biasa. 

Masa aku kecik-kecik dulu, aku dengar sahaja nama lohong hitam/black hole/lubang gelap ni pun dah meremang bulu roma sebab tiada satu pun benda boleh melepasinya. Aku punyalah fikir terlalu jauh sampai nak gila. Aku fikir, kalau dah terlekat kat black hole, then di mana kesudahannya? Nak makan apa? (Ceh, saat genting pun sempat fikir makanan.), macam-macamlah yang aku fikir, aku tak fikir pulak bila terlekat kat situ, seseorang akan mati. Hewhew..punya noob. 



Simulasi kanta bergraviti oleh lohong hitam yang
mengherotkan imej galaksi yang kelihatan di bahagian latar.




Konsep sesuatu benda yang amat besar sehinggakan cahaya pun tidak mampu bebas darinya telah dikemukakan oleh pakar geologi Inggeris John Michell dalam kertas kerja yang dihantar kepada Henry Caavendish (Ryal Society) pada 1783.



If the semi-diameter of a sphere of the same density as the Sun were to exceed that of the Sun in the proportion of 500 to 1, a body falling from an infinite height towards it would have acquired at its surface greater velocity than that of light, and consequently supposing light to be attracted by the same force in proportion to its vis inertiae, with other bodies, all light emitted from such a body would be made to return towards it by its own proper gravity .-John Michell.


Baca lebi lanjut di Black Hole.




Bila fikir balik, macam mana lah aku boleh terjebak ke kancah sains angkasa ni. Disaat budak baya-baya aku tengah fikir pasal main masak-masak, kawen-kawen, aku pulak fikirkan hal angkasa yang mempunyai seribu satu persoalan. Haha.. Tapi sains memang seronok tak terkira. Macam kfc, so good and it's finger lickin' good. (tengok tu, makanan lagi). Satu lagi cita-cita aku masa kecik adalah scientist. *tolong tahan gelak anda, saya serius!*. Tapi bila dah besar, aku fikir, jadi scientist ni termasuk kakitangan awam kah? Gaji berapa wey? Duit pencen, kwsp? Paling penting, aku ni sudah cukup genius ka? Nampaknya tidak. Muahaha... Idea sungguh tak relevan.





Mungkin entri hari ini adalah tentang black hole, siapa tahu, entri seterusnya tentang matahari pulak. Who knows kan.





Sekian..
Happy reading and thank you!

Friday, 8 March 2013

Effort

Posted by Jade at 07:30 0 comments
Assalamulaikum...




WHAT IS EFFORT?

- a phrase used when someone can't be bothered to do something.
- exertion of physical or mental power.
- an earnest or strenuous attempt.
- something done by exertion or hard work.
- an achievement, as in literature or art.
- the amount of exertion expended for a specified purpose.





MY GRADES WERE ALWAYS DEPENDED ON THE EFFORT OF MYSELF.


So, keep up your EFFORT in anything you're doing for your success.
Say, YES! I can do it!



















Images source:
google.com




Happy REading and Thank You!



                            

                          [GALERI] 13 Kafe Halal Sekitar Kuala LUmpur Yang Perlu Anda Cuba







Thursday, 7 March 2013

Pray For Sabah

Posted by Jade at 15:12 0 comments
Assalamualaikum...










All these photos I took from google.

Guwa tak ada mood nak update entry disaat (cewah disaat!) kedaulatan negara guwa diceroboh. Lu orang ada paham?



Berkhidmat untuk negara!





Sekian...
Happy reading and thank you!



Saturday, 2 March 2013

Jangan ceroboh negara saya!

Posted by Jade at 01:10 0 comments
Assalamualaikum...




AMARAN: ENTRI INI MESTILAH DIBACA SEHINGGA HABIS, KALAU TAK NAK BACA SAMPAI HABIS, TAK PAYAH BACA LANGSUNG. DIKHUATIRI AKAN MENIMBULKAN SALAH FAHAM, MARAH DAN GERAM.

SILA KAWAL EMOSI ANDA.









Sejak akhir-akhir ini, berita mengenai pencerobohan Lahad Datu makin hangat diperkatakan. Sebagai seorang warganegara Sabah yang mempunyai kad pengenalan bernombor 12, saya juga turut merasa tempiasnya, apatah lagi saya pernah tinggal di Desa Kencana, Felda Sahabat, Lahad Datu Sabah selama hampir 5 tahun. 

Pencerobohan ini khabarnya disebabkan tuntutan Sultan Sulu terhadap sebahagian Sabah. Mereka mengatakan bahawa Sabah merupakan hak mereka. Hal ini disebabkan kerana Sultan Brunei telah mengurniakan Sabah kepada Sultan Sulu kerana jasa baik mereka mengekang perang saudara.



Surat perjanjian penyerahan Borneo Utara kepada British

Pada tahun 1878, Baron Gostavus Baron Overbeck telah berunding dengan Sultan Sulu untuk menandatangani perjanjian serah hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada Syarikat Overbeck. Sultan Sulu bersetuju menyerahkan haknya dengan bayaran $5, 0000 setahun. perjanjian inilah yang menjadi kontroversi dan isu tuntutan Sulu terhadap Pantai Timur Sabah sehingga sekarang kerana Sultan Sulu beranggapan, pihaknya hanya menyewakan tanah ttersebut kepada British. Walhal dalam surat tersebut jelas menyatakan SULU MEYERAHKAN BORNEO UTARA KEPADA BRITISH.

Salah satu syarat perjanjian ini adalah..

"Selagi ada bulan dan bintang, Sabah akan tetap menjadi tanah pajakan Syarikat Borneo Utara".

Namun bukan semua bahagian Sabah adalah tanah sulu, tapi hanya bahagian Pantai Timur sahaja. Selebihnya masih lagi milik Kesultanan Brunei.


Disamping itu, perjanjian ini sudah tidak boleh diguna pakai lagi. Isu tuntutan Sultan Sulu ini sepatutnya tidak timbul kerana isu ini sudah lapuk. Perkara ini hanya akan menunjukkan kebodohan dan kecetekan ilmu si penuntut sahaja. Sangatlah rugi dan memalukan. Mungkin sebab mereka mereka ni tak ada masa pergi sekolah sebab telah dimomokkan sejak kecil lagi tentang perkara ini, jadi mereka mungkin hanya menjalani latihan perang sehingga tak ada masa untuk ke sekolah. Disini saya ingin tegaskan, Pendidikan sangatlah penting!!!



Saya sebenarnya agak gementar dan takut untuk menulis tentang isu ini. Tapi memandangkan saya rakyat Sabah, saya tak akan sekali-kali mengabaikan perkara yang berlaku di negeri kesayangan saya ini.


Terdapat banyak juga khabar angin yang mengatakan bahawa Sultan Sulu yang mengaku Sultan ini bukanlahh Sultan yang sebenar. Mereka mengatakan Sultan sebenar telah pun berhijrah ke Malaysia dan menjadi warganegara Malysia disamping merahsiakan identiti mereka atas sebab-sebab tertentu. Tapi saya tidak begitu pasti akan kesahihan cerita ini.


Pada pendapat saya, sudah jelas dan terang lagi bersuluh bahawa Sabah ini merupakan milik Malaysia. Rakyat Sabah sendiri yang memilih untuk menyertai Malaysia pada 16 Sept 1963 berdasarkan pungutan suara yang dibuat.

Kepada warga seberang yang menuduh negara Malaysia ku yang tercinta ini sebagai Malingsia, cuba fikir sekali lagi. Malaysia tak curi pun Sabah, Sabah yang nak masuk Malaysia. Kalau nak kritik pun, sila buat kajian, baca sejarah pembentukan Malaysia dulu, baru keluarkan pendapat bernas. Jangan buat pernyataan tidak berasas sehingga menunjukkan kebodohan diri sendiri. Kalau ilmu belum cukup di dada, jangan kau nak memandai mandai kritik negara lain sedangkan kau tak tahu masalah sebenar. Kalau nak bijak, pergilah sekolah, belajar sejarah asia tenggara, atau lebih baik sejarah dunia. Barulah kau sedar, yang kau ni sebenarnya tak pandai. Aku tak tahu kenapa manusia macam kamu yang suka menyibuk hal orang dan memaki maki negara orang lain ini boleh wujud. Sibuk hal kamu sudahlah. Benarlah kata pepatah, "KUMAN DI SEBERANG LAUT NAMPAK, GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK" atau "mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih". Tambahan pula, ini merupakan isu negara Malaysia, orang luar tidak perlu masuk campur pun. Harus diingat, orang yang berilmu, perkataan yang keluar dari bibirnya juga yang baik-baik. Ada frasa yang mengatakan, "orang yang hina, sentiasa mengeluarkan perkataan yang hina dan menghina orang lain, sedangkan orang yang mulia sentiasa mengeluarkan kata-kata mulia dan memuliakan orang lain".


Disini, saya ingin mengucapkan takziah kepada 8 orang anggota keselamatan Malaysia yang terbunuh.Jutaan Terima kasih kerana sanggup berjuang menentang musuh demi menjaga keamanan Malaysia khususnya Sabah. Jasa meraka tidak dapat terbalas.


Berkenaan dengan Sultan Sulu yang ingin meminta pertolongan PBB, saya juga tidak bersetuju sama sekali. Cuba kita imbas kembali bagaimana penjajahan Malaysia berlaku suatu ketika dahulu. Perkara tersebut berlaku disebabkan campurtangan British yang ingin menyelesaikan masalah pemimpin yang tamak dan tidak berpegang teguh pada agama. Akhirnya pihak British merampas tanah  mereka melaui perjanjian yang memakan diri.


Jika rakyat Sabah disoal sama ada ingin menyertai Filipina atau terus kekal dengan Malaysia, saya yakin rakyat Sabah akan memilih Malaysia.


Penceroboh seharusnya berfikir, apa perasaan mereka apabila negara mereka diceroboh. Tindakan menceroboh negara orang ini merupakan satu tindakan yang tidak bijak dan hanya merugikan diri. Akhirnya mereka juga yang rugi. Dahlah tak dapat tanah, apa pun tak dapat. Mungkin pengganas ni kurang kasih sayang sebab di sana pun wilayah mereka bergolak jugak.


Cikgu sejarah saya pernah berkata, "dalam kalangan kita ini, ada perisik dari negara luar yang sedang cuba menyiasat negeri kita. Mereka hanya menunggu masa yang sesuai untuk meyerang". Cikgu cakap ni masa tahun 2009 semasa saya berada di tingkatan 3. Pada mulanya, saya tidak percaya, namun setelah melihat apa yang terjadi sekarang, perkara ini benar belaka.


Malaysia TIDAK AKAN MEMBERI WALAU SEINCI TANAH PUN KEPADA MANA MANA PIHAK termasuk Sultan Sulu. Mengaku Sabah ni hak mereka. Hak tuihh!



#Entri ini menggunakan menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya untuk menaikkan semangat patriotisme penulis blog.  Pendapat bernas dibenarkan namun segala kata cacian, makian, hinaan, cercaan, celaan, tohmahan, fitnah, kutukan dan yang seerti dengannya adalah dilarang sama sekali.


I LOVE MALAYSIA





SESIAPA YANG MELUPAI SEJARAH, PASTI AKAN MENGULANGINYA - GEORGE SANTAYANA.



Sumber rujukan:

JARI MERDEKA
carigold.com
Wikipedia


p/s: kesal. sbb pemimpin terdahulu, anak bangsa sekarang yang merasai kesengsaraan. Apa nasib anak bangsa akan datang? Semoga ada muslimin dan muslimat yang prihatin menunaikan solat hajat dan memohon kepada Allah agar perkara ini selesai dan tidak berlanjutan. Amin.


p/s 2 : perasan tak aku guna saya/ hikhik....sopan lettew.

Categories

Anybody's Here???

Let's Shout Out Loud Here!

From Other Website

 

Blog of Memories. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting