Pages

Tuesday, 25 June 2013

Story Mory

Posted by Jade at 21:56 0 comments
                                                   Assalamualaikum





Hello readers! 

Sementara aku ada sedikit masa terluang ni, baik aku post entri untuk blog aku yang bersawang ni. Aku tengah buat homework (roomwork barangkali), sambil online dan mendengar lagu Jejaka Idaman - Raja Emma yang kawan aku tengah dengar dari tadi. Seperti sambil menyelam minum air, terbatuk dan lemas rasanya aku sekarang ni. Hey! Kombinasi yang hebat kan? Maknanya, aku tengah buat beberapa kerja dalam satu masa.


Kata orang, hidup mesti diteruskan. Aku pon tak tau apesal tetiba aku cakap pasal hal ni. Yang pasti sekarang niaku dalam adaptation mode.  Sebagai freshie yang baru nak masuk sebulan, memang banyak benda baru yang akan aku jumpa kat u ni. Sebelum ni, di sekolah aku tak pernah tinggal di hostel. At all. Masuk u, for the first time, kena tinggal hostel. Apakah kau mengerti perasaan ku selama ini? Tapi tinggal di hostel ni not bad beb. Terus terang guwa cakap. Err..


Aku seorang yang sangat cerewet. Ntah apa yang aku nak cerewetkan pon aku tak tau. Begitu juga kalau hal berkaitan makanan. First week masuk sini, sakit perut memanjang. Aku memang cam ni, kalau tinggal di tempat baru, memang kena sakit perut. Same cases waktu aku join plkn dulu. Lagi teruk, sampai demam. Mungkin itu adalah respon aku terhadap persekitaran. Nak rebel lettew. Ceh, mana ada!


Pas tu, aku masih tercari - cari cara belajar yang efisien. Tak boleh aa buat macam kat sekolah dulu. Still in progress. I malu nau nak bertanya. NI lagi satu masalah, aku tak gheti nak bercakap depan orang. I ade darah gemuruh nau! Lagipun, kalau aku bercakap, memang orang susah nak paham. Tapi bukan sebab aku cakap slang bangla ke ape, aku cakap laju dan kemam. Tau tak kemam? Argh, buat -buat tau dah lah ey. That's why, aku lebih rela menyanyi kat atas pentas daripada berlakon. I can't act.


Pas tu..eerr..pas tu..



Baru aku ingat, aku tengah buat homework tadi. K lah. Nanti aku sambung.






   " PROCRASTINATION IS THE THIEF OF TIME "











Happy reading and thank you!

Thursday, 13 June 2013

UiTM dan aku

Posted by Jade at 21:53 2 comments
                                                  Assalamualaikum











Malam ni aku ada masa nak bercerita, sebab tadi kelas cancel sebab ada program sebab sebab....... Eh, dah berapa banyak sebab sangatlah kan. Tadi aku bukak akaun nuffnang, tak bertambah-tambah pun. Sigh. Oleh sebab itu, kalau kalian memasuki belog cabuk ini, kalian juga boleh klik mana-mana iklan yang kalian berkenan. Untuk suka-suka pun boleh. I lagi suka nauu! Mana tau, lepas ni akaun nuffnang I bertambah? Bolehlah I buat beli buku physics muahaha!


Sapa kat sini student/ ex-student UiTM (dihatiku) sila angkat hidung. Eh tak, tak. Aku cuma nak cakap, korang mungkin pernah terlibat dengan MDS (minggu destini siswa) kan. Mds macam orientasi, kalau mds tak ada, naya lah semua freshy.


Dah adat nak masuk ke tempat orang, kenalah ada rules and regulation kan? Begitu jugak kalau dah mendaftar jadi student UiTM. Kau mana boleh buat sesuka hati. Contoh paling dekat adalah cara pakaian, banyak yang tak menepati sahsiah rupadiri. Ada idioms yang berbunyi, "don't judge a book by it's cover". Ah, cliche. Ok ok, aku tukar jadik cam ni ' Don't judge a monster by it's look'. Memanglah tak cukup nak menilai orang dari segi luaran sahaja, tapi bukankah pakaian juga melambangkan diri si pemakai? Aku bingung di situ. Ok, biarkan ia berlalu.


Sebenarnya aku nak cerita sikit pasal pengalaman aku yang baru beberapa hari jadi student UiTM sabah ni berbanding blogger A Cup Of Coffee ( Annyeonghasaeyo Sunbae!!) yang dah lama jadi student kat sini.


Korang tau tak? Ceh, cam gempak ann.. Aku memang cam ni kot, selalu buat benda yang macam gempak tapi realitinya...... (sila sambung sendiri). Sebelum aku masuk UiTM ni, aku merupakan seorang yang, eh apesal amacam nak tulis biography pemenang nobel pulak ni. Ahh, aku tak habis-habis berangan. Puuiihhh.. Sambung cerita, aku seorang yang dingin (cool?), susah nak senyum. Dan yang paling dahsyat, aku takkan tegur orang yang aku tak kenal selagi dia tak tegur aku. Kalau tak, jangan harap aa. Memang muka kencang berabis tahap naga laa.  Tapi.....



Tapi....

Setelah aku...aish.. I malu aa nak ngaku hakikat haha! Ceh, takyah ngaku pon takpe. Setelah aku masuk UiTM dan jadi student, segalanya telah berubah 360 degree. Everybody's changing what. 


Korang percaya tak? Percaya tak percaya lantak kalian laa kan, aku bagitau yang betul ni. Kakak pm (peers mentor) pernah pesan, 'budaya UiTM, bila jumpa orang tak kiralah lecturer, cleaner, senior, student or siapa2, kita kena greet and smile :) '. Betul jugak pesan kakak pm ni, sebab kalau kita sombong, (dahlah freshy, sombong bongkak takbur lagi) memang susah nak mintak tolong dengan orang lain. Orang lain pun taknak tolong kita. Kan susah tu.



So, start dari situlah, aku try senyum dengan semua orang, say hi, hello, thank you (kat luar pun aku selalu say thanks, so ni tak de masalah), senyum senyum and senyum. And now, muka kencang dah takde dah. Terer tak aku? Yes, aku dah jadi baik! Thanks aa to UiTM. Kalau tak, confirm aku kencang sepanjang hayat. 










Pengalaman banyak mengajar kita. Aisseehhh...macam tak caye je aku tulis cam ni kan haha!


Eh, hari tu ada someone tegur aku, dia senyum and aku senyum jugak kat dia. Then dia tanya, macam kenal. Blogger tu ka? (dialog rekaan, aku tak ingat dialog sebenar)



Aku pun terus blushing! Haha.. Dahlah time tu tak mandi, nak pegi cuci baju. Mesti korang dapat bayangkan betapa selekehnya aku time tu. Oh dude, apa ni, kat dalam blog kemain lagi kau, sekali jumpa real, hudoh nak mampos. Bahahaha....


Pastu ada sorang lagi tegur. Lebih kurang jugak dialog dia. Aku pun blushing kali kedua. Haha! Aku tak sangka pulak ada orang pernah terbaca blog ni. Maybe diorang tak sengaja tertekan blog ni kot. Semua ni sebab aku banyak komen kat blog senior aku tu la. Hehe..



Hai anda berdua yang tegur aku! Kita sekelas kan. haha..tolong aa buat-buat tak kenal dengan aku.. hehe...:p














Happy reading and thank you!

Segmen Topup by Emas Putih part 3

Posted by Jade at 20:52 0 comments
                                                             Assalamualaikum






Segmen Topup by Emas Putih Part #3
Klik banner di atas kalau nak join.




Ada 40 x Topup RM5 untuk dimenangi !!
Tarikh tamat : 23 Jun 2013




p/s : Saya nak menang!!!! teehee :p

Wednesday, 12 June 2013

Bila nak buat entri baru?

Posted by Jade at 19:45 2 comments
                                                       Assalamualaikum






Dalam library, kelas bel cancel. Eh, perlukah aku bagitau semua itu?


Minggu Mds dah habis, best jugak MDS ni. Thank you kakak-kakak and abang-abang PM. Anda awesome!

And now, baru sekarang aku dapat update post. Tu pun dalam keadaan tergesa-gesa. Kejap lagi bas dah datang. Library dengan kolej kediaman jauh nauu! Uoll nak tau, ceh cam gempak an.
 Aku masih tak berjaya nak buat wireless application. Aku hanya boleh online kat library. So, confirm lah aku tak blogwalking kat blog kalian. Maafkan saya! Comment yang dah lama pun baru publish tadi. Sigh..

Lepas ni, aku tak tau pulak bila nak online lagi. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Ok, peribahasa tak ada kaitan.



View dari bilik kuliah.





Sempat lagi snap gambar kat dalam lift.
Caption : Cumil gia sa?



p/s: nanti aku blogwalking blog kalian. But not for now. Mianhaeyo!

Saturday, 1 June 2013

Goodbye May!

Posted by Jade at 23:48 4 comments
                                                         Assalamualaikum



Masa buat medical check up pagi tadi, baru aku ingat hari ni 1st June. Rupanya bulan Mei is over. Days swiftly come and go. Aku tak perasan pun. Apalah aku ni. Jadi, aku pun berkira-kira nak buat entri la untuk hari ni. Rasanya dah lama aku tak update entri, last entri pun beberapa hari lepas. 


Aku paham perasaan kalian yang hampa setiap kali tak ada entri baru bila bertandang ke blog ini. Aisseehh. Bajet best lettew. Bercakap pasal bulan Mei, aku rasa bulan Mei adalah bulan yang aku paling busy setakat ni dan banyak juga benda yang berlaku dalam bulan Mei.





1st May ada hari pekerja.



2nd May pulak birthday kakak aku.






5th May : General Election.




12th May : Birthday Amy (my niece)


12th may jugak ada mother's day.


18th May : Birthday Adik aku yg paling kecik. Kecik la sangat, dah 16 tahun pun.



Pastu, aku tak ingat pulak tarikh keputusan upu, where I'll go to uitm to continue my study. Tarikh tragedi kapal karam di Sungai Rajang, Sarawak beberapa hari lepas pun aku tak ingat.




30th & 31st May ada pesta kaamatan.


Banyak lagi tarikh-tarikh yang aku tak ingat sebenarnya. Ni just hal-hal yang aku alert. Tujuan aku nak tulis entri ni pun bukan sebab nak review peristiwa-peristiwa di atas. Sebenarnya, saya isteri dia! Eh, tak. Tak. Bukan. Sebenarnya, aku sekarang dalam dilema.


Dilema aku adalah, adakah aku patut letak lagu dalam blog ni atau tak? Aku nak letak, tapi bila fikir balik, banyak jugak pembaca blog yang complaint pasal lagu dalam blog. Sebab, kalau kita tengah blogwalking, kan kena buka beberapa tabs. Kalau semua blog yang dibuka tu ada lagu, can you just imagine how the sings can blend together? Kalau widget lagu tu tak ada volume, tak boleh mute or stop.


Lagi satu, aku tak tau nak letak lagu apa. Kang nanti bila aku letak lagu Paramore, ada pulak peminat Inul Daratista yang tak puas hati dengan blog aku. Kalau aku letak lagu Greenday, nanti ada peminat Ogy tak puas hati. Last last, bila aku letak lagu A Day To Remember, Alesana, Caligulove, tak ada pulak orang nak bukak blog aku.


Aku tau, tiap-tiap orang ada taste masing - masing. Kadang-kadang, best jugak aku tengok blog orang lain yang ada pasang lagu, apalagi kalau dia letak zikir-zikir dan selawat. Aku pun terus berzikir dan berselawat. Dan secara automatik membatalkan niat untuk menganjing. Eh, aku tak pernah berniat seperti itu. Tidak!


Lupakan pasal letak lagu dalam blog. Ni ada satu benda aku nak bagitau kalian semua, aku rasa aku takkan update atau online sekalipun dalam masa seminggu, dua minggu ataupun sebulan. Biasalah, budak baru masuk u, mestilah sibuk dengan orientasi dan program-program lain. Aku pun tak tau bila lagi nak update entri. Korang tunggu je la. Kalau boring, bacalah entri yang lepas-lepas walaupun tetap tak menghilangkan rasa boring kalian haha! Kalau boring lagi, sila klik iklan yang ada di pelusuk blog ni, mesti tak boring sebab kalian sedang bersedekah dengan hati yang ikhlas. Banyak fadhilat bersedekah ni ye kawan-kawan. Disamping mendapat pahala, rezeki kita juga diperluaskan, panjang umur dan macam-macam lagi.

Jadi aku rasa, setakat ni sahaja entri aku hari ni yang tak ada kaitan dengan tajuk.



Goodbye May!










Happy reading and thank you!


Categories

Anybody's Here???

Let's Shout Out Loud Here!

From Other Website

 

Blog of Memories. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting