Pages

Tuesday, 27 May 2014

Giveaway " Ke Korea Dah Kita.."

Posted by Jade at 13:38 1 comments
                                                                Assalamualaikum..



Memandangkan aku ni hantu k-pop, aku amatlah pantang sekali kalau terdengar, ternampak apa-apa pasal korea ni. Excited tau tahu tak! Jadi, oleh sebab ni lah aku nak join giveaway ni



Ni adalah hadiah untuk giveaway tersebut. Klik pada gambar kalau nak join. :)






Happy reading and thank you!

Blogwalking! :)

Posted by Jade at 13:33 0 comments
                                                          Assalamualaikum...





Aku dah lama tak blogwalking. Aku dah lama tunggu entri dari kak fatin liyana. Waa! I love to read her entries. Berkali kali sebab best dan tak bosan. Tak macam entry aku, aku baca sendiri pun rasa tak best. Uwaa...I was born to be a reader, not blogger.. Aku harus menerima takdir ini, walau sakit hati..wuwuw..

Sekarang ni aku tengah blogwalking, aku main hentam ja mana mana belog, then aku baca. Tapi problemnya aku ni adalah, aku selalu blogwalking tanpa meninggalkan sebarang jejak. Terus hilang dari radar yer, without a trace.

Hari ni, sambi ditemani lagu Turbo - Twist King, aku berblogwalking sampai lebam sebab tak lama lagi cuti sem nak habis. Jadi sebelum cuti habis, aku kena la berabis buat segala galanya. Agak psycho perempuan ni hahaha

Ok, sebenarnya aku nak bagi tips blogwalking yang aku fikirkan agak berkesan. Walaupun aku tak buat sebab malas. Perempuan ni pun agak pemalas juga bahahaha


TIPS BLOGWALKING 

a) Firstly, paling penting adalah kena tinggalkan link belog kat shoutbox atau komen blog yang korang tengah terjah. So that the owner bolehlah usha balik siapakah gerangan yang menerjah blog dia. Sambil sambil tu bolehlah mencari atau berkenalan dengan bakal jodoh  rakan blogger yang lain. Jangan jadi macam aku yang kurang mesra ni. Hikhikhik..

b) Kalau rajin, bolehlah join segmen atau giveaway yang sedang berlangsung di mana-mana blog yang telah korang terjah tadi. Kalau bernasib baik dapat menang kan best. Jangan lupa share dengan aku.

c) Selain tu, kenalah puji-puji sikit, tak salah kan memuji, asalkan ikhlas. Ingatlah bahawa ikhlas tu umpama semut hitam yang berada di atas batu hitam dimalam yang kelam. Ehemmm..

d) Jangan lupa tengok nama blog or url blog tersebut. Jangan main klik sesuka hati, nanti terklik blog yang bukan bukan boleh mendatangkan bahaya. Hikhik..korang paham paham sendirilah blog yang macam mana aku maksudkan ni.

e) Lagi satu, kalau tengah blogwalking, jangan lupa perlahankan volume speaker korang. Aku pernah terkejut beruk sebab terklik link blog yang letak lagu. Berbuih mulut terkejut bahahaha..




Rasanya ni je lah tips yang dapat aku kongsikan, aku pun tak expert pasal ni lgi. Ni sebenarnya tips for beginner macam aku.



Bye!



Happy reading and thank you!

Monday, 26 May 2014

Peminat Sukan berjiwa kental @_@

Posted by Jade at 11:58 0 comments
                                                             Assalamualaikum..





Hari ni nak cerita pasal Thomas Cup yang berlangsung semalam.

Tahniah kepada team badminton Malaysia walaupun tak dapat menang Thomas Cup tahun ni. Sedih betul. Tahniah jugak kepada Jepun sebab dapat menang Thomas Cup and jadi sebahagian daripada pemenang Thomas Cup. Liat betul diorang nak kalah, geram aku! Untuk pengetahuan kalian semua, pemenang gelaran Thomas Cup terbanyak adalah Indonesia iaitu sebanyak 13 kali, Jepun sebanyak 9 kali dan Malaysia sebanyak 5 kali.

Semalam, perseorangan pertama yang bagi mata kepada Malaysia sudah semestinyalah pemain nombor 1 dunia Datuk Lee Chong Wei (ni baru orang yang layak dapat gelaran Datuk, banyak berjasa dengan Malaysia) eh eh sempat lagi kau cakap pasal benda lain kan. Balik kepada cerita, lepas tu double pertama Malaysia Tan Boon Heong dan Hoon Thien How kalah pulak dengan pasangan Jepun. Chong Wei Feng pun kalah dengan Jepun. Lepas tu double kedua Malaysia bagi sedikit harapan dengan menang secara rubber game. 

Aku rasa player yang paling stress and pressure adalah Liew Daren, kesian dia. Tak senyum langsung sampai habis. Sedangkan aku pun kecewa dan stress, apa lagi dia yang tengah berjuang. Tak apa Bro Daren, kami nampak usaha anda untuk menang! Walaupun kalah, bukan kalah dengan straight set ok, kalah main rubber game. Nampak semangat Daren yang kuat. Lagipun pemain Jepun, Takuma Ueda dapat mata kebanyakannya dari salah Daren selain dari dia hebat bermain di jaring.

In my opinion, rules setiap servis dapat mata ada advantages and disadvantages. Itu, lu pkirlah sendiri kan.

Aku rasa aku dah macam pengulas sukan pulak bila bercerita pasal Thomas Cup ni kan. Hikhik T_T. Aku bukannya apa, dah bertahun rasanya aku tak menonton perlawanan badminton, bola sepak dan segala jenis sukan. Semalam baru tengok balik. Aku punya semangat kesukanan ni agak tinggi. Eceh.. Aku suka sangat dengan sukan. Tak sabar nak tengok sukan komanwel Julai nanti! Yeay! 


Walaupun tajuk tu dah macam bikers jiwa kental, tapi tak ada cerita pasal bikers kat sini eh.






Bye bye!





Happy reading and thank you!

Saturday, 3 May 2014

Membebel #5

Posted by Jade at 14:36 0 comments
                                                             Assalamualaikum...











Gambar yang menyindir tajuk yer. Banyakkan berfikir, kurangkan bercakap. Tapi di sini aku ingin membebel. Lama tak bebel kan?




Wajah-wajah yang membuatkan aku ketagih~~~


Dan yan paling tak bileh blah bila...................




...desktop wallpaper adalah gambar kwang soo..
ni memang peminat yang tegar. @_@


Dah lama aku tunggu Running man episod 194 ni. Dah on air dah haritu 28 April. Tapi aku nak download yang dah ada subtitle english kat kshownow.net. Masalahnya tak ada lagi. Tengok episod lama-lama pun best jugak. Hari-hari aku tengok. Addicted betul. Aku lagi sanggup menghadap laptop bejam-jam untuk tengok running man daripada update blog..bahaha..
Bukan tu ja, aku malas nak blogwalking jugak. Aku online kejap ja pon..



Kalau aku nak letak lagu kat blog ni aci tak??

Aku nak letak lagu korea. Yeah, aku memang fans k-pop dari kecik lagi. Tak sangka pulak akan minat k-pop sampai besar. Malu kitew..T_T.



It's show time! I have to go ~~~~



Annyeong! xoxo







Categories

Anybody's Here???

Let's Shout Out Loud Here!

From Other Website

 

Blog of Memories. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting