Pages

Friday, 23 January 2015

Bahasa

Posted by Jade at 19:22
                                                        Assalamualaikum..








I'm not an English teacher or 'cikgu bahasa melayu'. But today, I want to write about 'Bahasa'.


Haha..saja je buat intro dalam bi, last2 aku tulis malay jugak.Ntahla, tadi ingat nak tulis dalam bi, tapi nanti orang malas nak baca, maka aku batalkan niat tersebut. Amacam? Kukuh tak reason aku?.hiks hiks.. 

Tau tak bila first time aku sampai sini (jb), aku ada masalah dengan bahasa. Well, aku dahlah cakap lelaju pastu kemam pulak tu dengan slang sabah skali. Hambek kau, orang sini tak paham. Kena lagi roommate dari terengganu, lagila macam ayam dengan itik. @_@

Waktu awal-awal sampai kat sini dulu, aku kena cakap berulang-ulang sampai diorang paham. Kadang kadang fed up jugak aku kena cakap banyak kali, tambahan pula (penanda wacana) aku ni malas nak bercakap. Mulut berat semacam. Pastu package pulak dapat toiletmate dari batu pahat ngan bachok..haha. Banyak bahasa aku boleh belajar. mihmih *_*


Sebenarnya, aku ada beberapa experience pasal bahasa ni. Ni nak habaq kat hang yang mana yang ceq ingat ja.



Cerita pertama

Masa nak register apartment kat Genting Highland. Yang pegi time tu aku, adik2 aku, kakak, mak, abang and SIL. Bila tiba depan kaunter, abang aku ada lah berdialog dengan auntie (chinese) kat kaunter tu. Tapi aku dah lupa plak dialog apa. Pastu tu auntie tu cakap dia tak paham. Dia cakap, "sorryla, bm takda, english takda". huahua! Jadi auntie tu tengah cakap bahasa apa sekarang? Dia cakap dia memang original from China. But she can't speak english or malay. Sikit-sikit tu bolehlah. Parok dah ni. Macam mana dia boleh bertugas kat kaunter pulak. Nasib baik dapat jugak apartment yang kitorang nak setelah berhempas pulas explaining and cursing to the auntie. Bahaha.. Anyway,dia tak paham bila kena curse. hakhakhak!


Cerita II

Aku dengan sorang lagi kawan aku, syl nak pegi shopping kat centrepoint, kk (kalau tak tau centre point kk, sila google). Masa dalam bas, aku perasan dua orang yang duduk seat depan kami ni bertutur dalam bahasa asing. Aku pun try dengar dengan teliti, rupanya diorang tengah cakap bahasa tagalog. Ooh, foreigner from Philippines, kata hatiku.

Dalam perjalanan tu, aku tengok diorang tengah belek-belek map. Aku pun curious diorang nak pegi mana. Macam nak tegur jee. Aku nampak kepala yang sorang tu dari belakang macam ada "shape2" Jericho Rosales je. Adakah itu dia? Kenapa naik bas? 

Dah sampai kat bus stand, aku dan syl pun turun. Aku tengok dua orang foreigner tu tengah berdiri kat situ sambil belek belek map dengan muka confuse. Dalam hati aku, kalau diorang tanya nama tempat aku nak cakap "Oh so sorry, I don't know this place. Well, this is not my hometown :)". Lepastu tiba-tiba diorang tegur kami. Then asked, " Excuse me, where is this place?" sambil tunjuk map yang bertulis 'centre point'. Aku pun dengan excitednya jawab, "Eh, we want to go there too! Let us show you where is it!" Pastu aku explain la kitorang sekarang berada kat mana. Syl diam je sebab dia orang bintulu, tak biasa sangat dengan kota kinabalu.

Jadi, kitorang berempat pun jalan menuju ke cp. Aku tanyala foreigner tu buat apa kat kk, diorang cakap "jalan-jalan". Dua kali aku tanya. Rupanya dia cakap bahasa melayu. Cis! Pandai kau kenakan beta ya. Rupanya diorang pernah bekerja di indonesia sebelum ni. Sekarang diorang transfer ke malaysia



Ok, lepastu aku rasa cerita aku macam takde point je. Haha! Aku rasa looser gilaaaa sebab tak reti nak bercerita. Sebenarnya aku ada banyak lagi nak cerita tapi dah malas sebab tak reti nak olah. Nampaknya aku kena tingkatkan communication skill aku. %_%


Nak dipendekkan cerita, kita perlu belajar bahasa-bahasa lain jugak. Learn a different language is actually good and essential for our self improvement and to make us easier to communicate with others. Taklah nanti bila nak communicate jadi macam ayam dengan itik. Tak pun kena cakap ulang-ulang sebab orang lain tak paham apa kau cakap. Haha..aku la tu.


Dah lepas ni aku nak belajar bahasa korea pulak..






Happy reading and thank you!




xoxo







0 comments:

Post a Comment

Be nice, be yourself. Rude people suck.

Categories

Anybody's Here???

Let's Shout Out Loud Here!

From Other Website

 

Blog of Memories. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting