Pages

Saturday, 8 October 2016

Apa Itu Jurupulih Perubatan Carakerja Part 2

Posted by Jade at 16:29
                                                       Assalamualaikum




Hai, selamat petang. Memandangkan ramai orang tanya pasal OT ni, jadi aku up la part 2 untuk Apa Itu Jurupulih Perubatan Carakerja Part 2 . Post tu aku tulis setahun yang lalu masa aku di tahun 1 Semester 2 lagi. Sekarang aku dah tahun akhir which is Tahun 3 Semester 1 ataupun Semester 5. Dah, jangan pening-pening.

Okay, untuk pengetahuan semua (kalau ada yang baca la), aku ambik Program Diploma Jurupulih Perubatan Carakerja ni sebab aku isi SPA dulu dibawah Latihan Separa Perubatan. So, aku ni sebenarnya belajar under KKM. Bukan IPTA atau IPTS yer.

So, aku cerita pasal yang KKM je la, untuk silibus dekat IPTS IPTA aku tak tahu sebab silibus berbeza. Masa mula-mula aku masuk Kolej Sains Kesihatan Bersekutu JB ni, aku dapat panggilan temuduga untuk jawatan Pembantu Perubatan, Farmasi, Lab Technology, Jurupulih Anggota (Fisioterapi) dan Jurupulih Carakerja (OT). SInce first choice aku adalah Pembantu Perubatan, so interviewer tanya aku berkaitan Pembantu Perubatan la. Contoh apa warna uniform, di mana ada kos Pembantu Perubatan, sanggupkah posting di pedalam etc. 

Then, lepas dapat result, aku dapat OT pulakdi JB. Untuk kos OT under KKM ni, ada dua buah kolej sahaja yang menyediakan program OT iaitu KSKB JB dan KSKB SB. Aku mestila lagi sayang kolej aku kan sebab kolej ni bolehlah nak cakap still baru, tandas kat dalam bilik. Hahahaha..

Ok, nak tau enjoy ke tak belajar OT ni? Aku hanya mampu cerita roughly jer, sebab lain orang lain experience dia. Masa sem 1, kami akan pergi ke Plaza Angsana dan beberapa pasaraya berdekatan sebagai OKU, kami kena guna wheelchair, crutches, segala jenis tongkat dan bandage untuk berlakon sebagai OKU. Tujuannya untuk merasai sendiri perasaan sebagai OKU, ada tak orang tolong, cara orang pandang dan macam macam lagi la.
Ni gambar sebelum pergi ke pasaraya, dalam makmal pemanduan OKU di kolej

Okay, untuk subjek or silibus pulak, silibus kami dulu dah lain sikit dengan silibus sekarang. Untuk OT ni, calculation sangat sikit. Tak ada subjek matematik/calculus/pre-calculus pun. Just simple calculation. Then, my favourite subject all the time which is Chemistry pun tak ada. Physics ada Biomechanics tu pun yang basic sangat. Kalau memang ada basic science senang la, kalau tak ada pun, still boleh study. Jangan risau. And of course la ada banyak biology, tp dari sem 1 dan sem 2 sahaja. Sem 3 dan sem 4 akan belajar subjek Core OT la dan ada terselit biology yang dah belajar banyak masa sem 1 dan sem 2 tu. Sem 5 dan sem 6 pulak akan ada fully clinical sepanjang sem. untuk sem 1 dan sem 2, hanya observation week selama seminggu semasa cuti sem. Sem 3 dan sem 4, clinical 2 minggu sebelum atau selepas cuti/exam mid sem.

Sekarang ni aku tengah clinical lah. Letih penat stress tension depress semua jangan cakaplah. Aku rasa sampai sini sahaja untuk Part 2, kalau ada apa-apa pertanyaan atau aku rajin, mungkin aku akan sambung untuk Part 3 pulak. 






p/s: sebarang pertanyaan, boleh drop comment, email or dm di instagram.K k, gerak lu. pa per roger. hahaha

Happy reading and thank you!

Uniform OT batch kami yang lama. Klinikal physical sem 3.

Uniform yang sekarang. NI time klinikal psychiatric masa aku sem 4.
Yang depan tu senior sem 6 sekarang. Aku sem 5




2 comments:

norhamna dani on Saturday, August 26, 2017 said...

Maaf saya bertanya sedikit ya? Bagaimana dengan yuran pengajian, tempat tinggal semasa sis buat diploma tu? Boleh terangkan? Saya keliru sikit. Thankss yaa..

Jade on Saturday, August 26, 2017 said...

Yuran free. Semua ditanggung oleh government. Tempat tinggal disediakan di kolej. Tida ada pelatih kkm yg boleh stay di luar kolej kecuali semasa klinikal.

Post a Comment

Be nice, be yourself. Rude people suck.

Categories

Anybody's Here???

Let's Shout Out Loud Here!

From Other Website

 

Blog of Memories. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting